26 November 2021

'SENYUM' DENGAR SAJAT JADI TETAMU ELLEN - HARITH KENA BIDAS DENGAN NETIZEN



Semua sedia mengetahui mengenai usahawan kontroversi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akan dijemput ke rancangan termuka 'The Ellen DeGeneres Show'. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Sajat.

Berita itu turut mendapat perhatian pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander yang mengatakan dirinya tersenyum apabila mendengar tentang perkhabaran tersebut.

Memberitahu 'The Ellen DeGeneres Show' merupakan rancangan bual bicara kegemarannya, Harith berkata kisah Sajat yang dianggap telah dimalukan oleh orang Malaysia menjadi punca dia dipuji di negara luar.

Harith yang sebelum ini berpeluang untuk menemubual Sajat itu dalam masa sama juga berharap usahawan itu dapat bertemu kembali dengan anak-anaknya suatu hari nanti.

Sementara itu, melihat pada bahagian komen, rata-rata netizen telah membidas kenyataan Harith berhubung Ellen dimana rancangan TVnya itu sudah tidak releven lagi dan bakal ditamatkan kerana penuh dengan 'toxic culture' serta 'toxic workplace'.

Klik untuk gambar besar



"Senyum apa dianya Harith? ko ni jangan jakun sangat lah. Ellen tu dah kena cancelled dah kat Hollywood tu, so dia pun so yesterday dah kat sana. Sebab the Ellen show tu penuh dengan toxic culture. Ko je yg dok sanjung sangat lagi ni and rasa its a big deal dapat masuk situ. Orang lain semua dah tamau diassociate kan dengan brand si Ellen ni. Loser lah you ni Harith!"

"Cheap publicity ke Harith? Quote "one of my favourite talk show hosts". Surely you're aware that Ellen has been exposed for having toxic workplace. Nothing to be proud of. It is rather shameful that Sajat decides to run away without paying her debt. Everything in this world is temporary. What we do in life, echoes in the hereafter."

"Ellen show tu dh nak last episode dan tamat kontrak x diperbaharui dek stesen tv. Mungkin harapan Ellen dpt buat viral issue Sajat bg naik balik views program sendu nye," antara komen-komen netizen.

Terdahulu, menerusi temubual bersama BBC, Sajat mengakui terpaksa melarikan diri dari Malaysia selepas mendakwa dikasari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sajat juga menegaskan dia tidak akan lagi pulang ke Malaysia kerana didakwa ditindas oleh orang ramai serta tidak boleh menjadi diri sendiri dinegara sendiri.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: