09 November 2021

"PERKARA BAIK, BUKAN KENA TANGKAP PUN..." - KOMEN SHAHIR ISU GOSIP KAHWIN ERRA



"Saya ada mendengar mengenai gosip yang timbul namun tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Apatah lagi saya sibuk dengan urusan kerja harian dan perniagaan yang diusahakan. Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan apabila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira.

"Jadi, saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, itu perkara baik. Bukannya kena tangkap. Kalau perkara baik, tak perlu terkejut. Apa yang penting doa yang baik-baik.

"Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia," demikianlah kata penyanyi Shahir Zawawi, 33, yang tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Erra Fazira biarpun tidak pasti kesahihan dakwaan sudah berkahwin dengan ahli politik.

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi berkata, tiada perasaan kecewa atau terkejut ketika mendengar perkhabaran itu. Terdahulu, timbul desas desus mendakwa Erra sudah bergelar isteri kepada ahli politik yang juga menteri dalam kabinet awal Oktober lalu.

Klik untuk gambae besar



Kontroversi mengenai berita itu mula menjadi bualan apabila seorang pengguna akaun Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah bergelar isteri kedua kepada ahli politik itu. Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, bagaimanapun menafikan gosip yang bertebaran dan menegaskan dirinya masih bergelar ibu tunggal.

Sementara itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu menjelaskan tidak mahu memikirkan soal cinta dan meletakkan keutamaan kepada kerjaya seninya saja.

"Saya mempunyai masalah untuk fokus kepada dua tiga perkara, jadi kalau boleh saya tidak mahu apa-apa gangguan yang membuatkan fokus saya lari. Sekarang saya masih belum ada kekasih dan juga belum berkahwin.

"Buat masa ini saya tidak mencari dan kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja. Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa. Tapi bukan juga bermaksud saya nak lari daripada masalah. Saya jenis tak suka nak memanjangkan lagi masalah," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: