09 November 2021

RAYUAN DITOLAK - AWIE DIPERINTAH BAYAR RM80,000 KEPADA BEKAS ISTERI ATAS KECEDERAANNYA



Atas kecederaan dialami Rozana Misbun tujuh tahun lalu, penyanyi Awie telah diperintah oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, untuk membayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas isterinya itu.

Ia selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memerintahkan perayu membayar ganti rugi berkenaan kepada Rozana.

Terdahulu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Nor Bee Ariffin dalam keputusan sebulat suara berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan hujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf atau tersalah arah dalam membuat keputusan itu.

Klik untuk gambar besar



Katanya, jumlah bagi ganti rugi kecederaan dan ganti rugi teruk adalah adil dan munasabah dengan mengambil kira kecederaan dialami serta lokasi kejadian berlaku.

"Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mencapai keputusannya untuk menegaskan semula keputusan Mahkamah Sesyen. Mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan ini dan rayuan perayu ditolak dengan kos RM15,000," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: