03 December 2021

AKHIRNYA NORA NIKAHI SAHABAT BAIK ARWAH SUAMI, PENSYARAH KANAN UM



"Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.

"Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi.

"Beliau adalah saudara Rushdi Ramli," demikian kongsi penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, yang mengesahkan dia sah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.

"Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.

"Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja. Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.

Klik untuk gambar besar



"Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan," tambahnya.

"Beliau adalah insan pertama melamar, membantu saya dan anak-anak pada saat berdepan tekanan serta tidak punya apa-apa.

"Suami mengajar saya erti sabar, reda dan percaya pada ketentuan Tuhan," ujarnya lagi dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Nora pernah digosip dengan dakwaan sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.



Bagaimanapun, ia dinafikan oleh mereka berdua meskipun tular di media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan didakwa milik mereka.

Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Tahniah diucapkan buat Nora, moga perkahwinannya ini kekal hingga hujung nyawa.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: