03 December 2021

DIKATA KARYA INGGERIS TIADA SIAPA NAK DENGAR - YUNA BERSYUKUR LEBIH 50 JUTA PENSTRIMAN DARI 177 NEGARA



"Bayangkan kena beritahu tiada siapa akan dengar lagu Inggeris saya oleh seorang eksekutif syarikat rakaman di Malaysia sewaktu saya berusia 21 tahun dulu. Dan sekarang saya meraih penstriman 50 juta dalam setahun di 177 negara. Sejujurnya saya cuma inginkan muzik saya didengari.

"Jangan pernah berhenti jadikan impian kamu kenyataan," itulah kata penyanyi Yuna, 35, yang bersyukur tidak pernah mengalah dan bangga karya Inggeris yang dihasilkan mendapat lebih 50 juta penstriman dari 177 negara berbeza di Spotify sepanjang tahun ini.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai berkata hasil kerja-keras berkelana di Los Angeles, Amerika Syarikat, selama ini cukup berbaloi meskipun impiannya itu pernah cuba diperlekeh di Malaysia sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi 'Crush' yang berduet dengan Usher itu juga memaklumkan dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjayanya dan setiap sokongan diberikan amat berharga.

"Sekadar peringatan mesra, gadis kamu ini kini bergerak sendiri. Ia bermakna, kalau strim muzik baharu saya, secara langsung kamu menyokong karier saya. Saya sayang kamu semua. Muzik baharu akan datang," tambahnya lagi.

Semalam, Spotify mengumumkan rekod penstriman secara keseluruhan diperoleh setiap artis untuk tahun ini.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: