02 December 2021

BUNGA ISME BUKAN PUNCA PERPISAHAN - SHALMA AKUI DIDEKATI BEBERAPA LELAKI



"Bunga tiada kena mengena dengan punca perpisahan saya dan Mael. Malah, saya ada menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memohon maaf. Saya sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan tidak berasas itu boleh timbul. Bunga seorang individu yang baik," kata penyanyi Shalma Eliana.

Shalma atau nama penuhnya Shalma Eliana Bruhanutheen tampil menafikan penyanyi rap, Bunga Isme menjadi orang ketiga dan punca perpisahannya dengan penyanyi Ismail Izzani sebulan lalu.

Shalma yang kini mahu dikenali sebagai Yana, 21, itu berkata, dia terkejut dengan dakwaan itu lalu dia pun sudah memohon maaf kepada penyanyi berkenaan secara peribadi.

Pada awal November lalu, Ismail mendedahkan bahawa hubungan cinta dengan Shalma sudah berakhir. Sementara itu, Yana turut memberitahu sebulan berstatus single dia didekati dengan beberapa lelaki.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, kata penyanyi lagu 'Mahukah Kamu' ini, dia mahu memberi perhatian kepada karier dan dirinya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

"Tipulah kalau cakap tak ada, tapi memang ada yang cuba nak berinteraksi dengan saya untuk berkawan. Saya okay je cuma saya selalu beritahu mereka yang saya hanya mahu berkawan sahaja buat masa ini.

"Tapi kali ini saya seronok dapat berkenalan dengan ramai orang dan masing-masing mempunyai kisah mereka tersendiri. Saya lebih bahagia dengan kehidupan sekarang ini dan mahu fokus pada diri sendiri serta kerjaya," jelasnya kepada mStar.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: