02 December 2021

AL-FATIHAH - BAPA NORYN AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH AKIBAT BARAH HATI TAHAP 4



Penyanyi Noryn Aziz menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita duka apabila bapanya iaitu Abd. Aziz Mohd Dali telah meninggal dunia akibat penyakit barah hati tahap empat, kira-kira pukul 2.30 petang Khamis.

Menurut Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, 45, Allahyarham bapanya itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor.

"Dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami. Meninggal dunia pada pukul 2.30 petang di kediaman di Shah Alam, Selangor disebabkan liver cancer stage 4.

Klik untuk gambar besar



"Al-Fatihah buat ayah tersayang," kata Noryn yang menerima banyak ucapan takziah dan doa daripada pengikut serta rakan-rakannya.

Tambah Noryn, jenazah disolatkan selepas Isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Budiman Meru, Klang Selangor.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: