02 December 2021

TIADA KATA SEPAKAT DALAM USAHA TOLAK ANSUR DENGAN SUAMI - AVAA VANJA FAILKAN CERAI



"Ya betul saya failkan penceraian terhadap suami. Saya failkan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak). Saya tak mahu aibkan siapa-siapa tapi setiap rumah tangga tu pasti ada pergolakan tak kira bagi lelaki dan perempuan. Dugaan masing-masing, tahap kesabaran kita ada satu. Kita sebagai marriage couple memang ada bertolak ansur.

"Tapi segala usaha tidak berhasil, jadi kita kena cari jalan penyelesaian yang terbaik," demikian kata pelakon Avaa Vanja, 41, kepada mStar yang mengakui berlaku pergolakan dalam rumah tangga dan nekad mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman, 35, pada Khamis.

Avaa yang mendirikan rumah tangga dengan Aamil pada 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia sembilan tahun itu mengakui sudah cuba bertolak ansur namun tidak mencapai kata sepakat dan keputusan berpisah adalah jalan penyelesaian untuk hubungan mereka.

Pada Oktober lalu, pelakon 'Kampong Pisang Bersiri-siri' ini tampil membuat laporan polis mendakwa dia dan anak perempuannya menjadi mangsa penderaan suami.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, peguam yang mewakili Avaa iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, selain fasakh dan hadhanah, aktres itu juga akan memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah, mutaah dan tunggakan nafkah anak dalam masa terdekat.

Pasangan tersebut juga perlu hadir untuk proses Sulh (mediasi) bagi perbincangan secara baik untuk kedua-dua pihak.

"Kita akan ada fail cerai Sulh untuk pihak-pihak berbincang pada 22 dan 28 Disember ini agar kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. Lepastu barulah kita akan masukkan kes ini di mahkamah untuk dibicarakan," jelasnya.




Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: