02 December 2021

INTAN NAJUWA SAMBUNG BELAJAR ASASI DALAM JURUSAN UNDANG-UNDANG DI SINGAPURA



Sejak kebelakangan ini, pelakon Intan Najuwa sering dilihat memuat naik perkongsian di InstaStory mengenai rutinnya sebagai seorang pelajar. Rupa-rupanya pelakon drama 'Tuan Danial' itu sedang sibuk menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.

Perkongsian itu dibuat oleh Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid selepas menjawab soalan daripada salah seorang pengikut Instagramnya baru-baru ini.

"Adakan awak sedang menyambung pengajian dalam bidang undang-undang?" soal seorang pengguna Instagram.

"Ya, saya kini menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej BAC Singapura. Saya sudah separuh mati kerana bekerja dan belajar setiap hari," jawab Intan.

Klik untuk gambar besar



Menurut pelakon drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' itu, bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dan pelakon dalam masa yang sama.

Terdahulu, Intan pernah menjadi perhatian apabila beberapa kali ditegur malah dikecam netizen kerana berani tampil dengan imej seksi dikhalayak umum.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: