02 December 2021

TIADA PERSEFAHAMAN - SITI SALEHA TUNTUT CERAI, SUAMI TAK HADIR JKP KERANA DILUAR NEGARA



Tiada hujan tiada ribut, kisah penceraian pelakon Siti Saleha ternyata mengejutkan ramai pihak. Terkini, punca keretakan itu adalah disebabkan tiada persefahaman sehingga membuat Siti Saleha membuat tuntutan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Perkara itu didedahkan peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan ketika ditemui mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Khamis. Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perceraiannya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Siti Saleha yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi pada 28 Julai 2017 namun belum dikurniakan cahaya mata itu hadir di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi, ditemani ibu bapanya dengan memakai baju kurung hitam.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi tentang perkembangan kes berkenaan, Azmi berkata JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum tarikh berkenaan berikutan defenden dan wakilnya gagal hadir pada sesi sebelum ini.

"Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir. Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara.

"Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam," ujarnya.

Pada 13 Oktober lalu, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Salehah Mohd Baharum mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perceraiannya dengan Ahmad Lutfi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: