02 December 2021

SEKITAR BULAN MADU PUTERI AISHAH DI KOTA LONDON & PARIS



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Puteri Aishah yang kini sudah bergelar isteri kepada Muhammad Firdaus telah berkongsi momen indah ketika sedang berbulan madu bersama suaminya.

Dalam foto yang dimuat naik, Puteri atau nama penuhnya Puteri Aishah Sulaiman, 27, dilihat gembira meluangkan masa bersama suaminya di London serta Paris sambil menikmati keindahan kedua kota tersebut.

Malah, pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan turut berkongsi foto ketika berada di sekitar kawasan roda feris terkenal dan terbesar di Eropah, iaitu The London Eye.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan buat pelakon filem Pulang itu: "Enjoy your honeymoon Put" tulis salah seorang netizen.

Klik untuk gambar besar

















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: