"Ramai mengambil kerja tuhan..apabila saya menari dikecam dimaki, bila saya ingin menolong mangsa banjir pun dikecam teruk, dimaki dan dihina. Manusia ni bila kita tunjuk kita bantu orang, dituduh riyak. Malah, dihina lagi hanya kerana kekurangan diri kita.
"Bila kita bantu senyap-senyap kata tak turun padang," ujar penyanyi Baby Shima yang berasa kesal kerana apa saja tindakan yang dilakukan seolah-olah tidak baik di mata netizen.
Baru-baru ini, Baby Shima mengambil pendekatan sendiri apabila dia menjual baju terpakai miliknya di aplikasi TikTok bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir.
Namun begitu, niat penyanyi 'Lalai' itu disalah erti malah dicaci apabila dia menerima banyak komen-komen negatif daripada pengguna media sosial
Klik untuk gambar besar
Kongsi Shima lagi, dia menerima komen kasar seperti gelaran 'betina' dan dituduh menggunakan hasil wang haram untuk memberikan sumbangan.
Perkara tersebut turut berkongsikan beberapa tangkap layar yang menunjukkan komen netizen yang memberi respon terhadap niat murninya memberi bantuan untuk mangsa banjir.
Terdahulu, Baby Shima telah berjaya mengumpul dana bernilai ribuan ringgit hasil penjualan baju terpakainya dan ia akan didermakan kepada mangsa banjir terutamanya peminat di Shah Alam dan Klang.
________________________
No comments:
Post a Comment