23 December 2021

BILA NORA DANISH BANGGA SUAMI BERKAKI AYAM BANTU MANGSA BANJIR



"Berkaki ayam? Suami saya sebenarnya seorang yang sangat penggeli. Sangat-sangat bangga dengan awak sayang. Saya tak tahu mana awak dapat semangat semua ini. Empat hari berturut-turut, dari satu tempat ke satu tempat sampai tak makan.

"Pagi-pagi dah bangun, telefon sana sini cari tempat yang memerlukan bantuan sampai bergaduh nak tolong orang," katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

"Bangga dengan awak sayang. Teruskan kerja kuat awak untuk rakyat. Sayang awak," itulah kata pelakon Nora Danish yang meluahkan rasa bangga dengan suaminya, Nedim Nazri yang bersemangat turun padang sehingga berkaki ayam bersama pasukannya menyertai misi menyelamat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nora berkata, suaminya seorang yang penggeli dan tidak tahu dari mana Nedim mendapat semangatnya apabila sudah empat hari berturut-turun membantu golongan yang terjejas akibat banjir.

Dalam entri tersebut, Nora juga mengagumi usaha yang dilakukan suaminya itu serta akan terus memberi sokongan buat Nedim untuk membantu mereka yang terjejas.

Ahad lalu, Nedim meluahkan rasa sebak apabila berjaya menyelamatkan dua orang bayi yang sudah dua hari terperangkap dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain di Taman Sri Muda, Shah Alam.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: