15 December 2021

BILA UPIAK DEDAH MALAS MANDI, MALAH SAMPAI 10 HARI



Kerana Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Indonesia, Ipiak Isil kini rajin mandi...!

Itulah yang didedahkan oleh penyanyi yang popular menerusi 'Tak Tun Tuang' dimana lagu tersebut sememangnya menggambarkan dirinya yang sebenarnya seorang malas mandi.

Bagaimanapun, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda berkata, tabiat buruknya itu berubah kerana tidak mahu orang orang sekeliling rasa tidak selesa dengan dirinya.

"Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi. Kalau tak mandi nanti team make up pula bau yang kurang sedap. Nanti semasa nak bersiap atau makeup penatarias tanya kenapa rambut busuk?" katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Upiak mengakui pernah tidak mandi selama 10 hari berturut-turut tanpa rasa rimas. Katanya, kehidupannya terasa lebih bebas tanpa tekanan yang meminta dia untuk mandi.

"Saya pernah tak mandi selama 10 hari sebab kalau saya tak mandi saya merasa menemukan dunia yang bebas, tak ada tekanan dan tak ada yang suruh-suruh sebab kehidupan bahagia. Saya mandi ni tuntutan untuk persembahan kalau tak mandi macam mana nak buat persembahan... busuk," jelasnya.

Tahan pula si Upiak ni kalau tak mandi dalam jangka masa yang lama... kalau orang lain sehari pun tak tahan apatah kalau 10 hari berturut-turut. Heh!



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: