15 December 2021

"SAYA PUN DAH TUA, TAK NAK KONTROVERSI DAH..." - ALIFF SYUKRI NAFI DAKWAAN HANTAR STAF BIDA ASET SAJAT



"Hal ini sensitif, saya tak nak terlibat. Saya pun dah tua, saya tak nak kontroversi dah, saya pun dah nak mati dah ni. Saya no komenlah! Ya, saya sebagai kawan dia tapi saya tak nak masuk campur apa-apa kontroversi, saya nak bertenang," ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan menghantar pembantu peribadinya bagi membida aset di kediaman Sajat.

Aliff Syukri, 36, akui terkejut apabila namanya dikaitkan dengan pembida bernama Mohammaf Syazwan Ahmad Fiesol yang menghilangkan diri itu. Tambah Aliff Syukri, dia tidak kisah jika netizen terus membuat spekulasi.

Pada masa sama, Aliff berkata dia enggan lagi terpalit dengan sebarang kontroversi membabitkan Sajat kerana menyentuh sensitiviti banyak pihak. Justeru itu, dia lebih selesa mendiamkan diri dan mahu hidup dalam ketenangan tanpa sebarang isu panas.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak nak komen isu ini. Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan kerana menghormati semua orang. Biarlah orang bercakap tapi benda ni tak ada kesahihan... mungkin ada orang lain nak beli dan dia ada duit, sesiapa pun ada hak kan?" katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, peguam Nurul Hafidzah mempercayai individu tersebut mempunyai kaitan dengan Aliff Syukri berdasarkan foto profil aplikasi WhatsApp yang digunakan lelaki berkenaan. Hasil semakan juga mendapati individu yang dimaksudkan sering muncul dalam Instagram milik Aliff Syukri.

"Saya tak kenal dia (pembida) tapi profil WhatsApp memaparkan fotonya bergambar bersama Aliff Syukri dan ada kenalan saya memberitahu lelaki itu ada kaitan dengan ushawan itu. Tapi saya tak pasti jika lelaki itu disuruh oleh Aliff atau sebagainya, kami hanya membuat spekulasi tak pasti betul atau tidak," jelasnya.



Dalam pada itu, Hafidzah berkata tindakan pombida berkenaan yang melarikan diri selepas berjaya dalam bidaan seolah melakukan satu penghinaan kepada mahkamah.

"Kes lari dari lelong ini saya tak pernah jumpa lagi... kita sedang melihat dari sudut undang-undang jika individu ini boleh diambil tindakan. Kita penat sebab dah kejar berapa tahun untuk mendapatkan pampasan ini, banyak perbincangan dengan pelbagai permohonan dan sekarang buat macam ni pula, memang pening kepala.

"Tapi kita tak tahulah tindakan ini berniat atau tidak, cuma kita terkilan sebab dah buat semuanya, sekarang ini terpaksa tunggu tarikh bidaan baharu pula," ujarnya lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: