23 December 2021

"DAH BERTAHUN SHA CUBA" - SHILA AMZAH AKUI PERPISAHAN ADALAH JALAN TERAKHIR



Kenyataan penyanyi Shila Amzah yang sebelum ini mendedahkan dia telah membuat permohonan cerai terhadap suaminya, Haris Idraki, ternyata mengejutkan ramai pihak.

Bukan itu saja, Shila yang mesra dipanggil Sha turut memaklumkan telah keluar dari rumahnya di Cyberjaya dan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung bersama Haris.

Terbaru, Shila telah memuat naik satu entri lagi di Instagram dan berkata dia sememangnya mengutamakan anaknya, Seth Uwais dalam segala hal.

Klik untuk gambar besar



Anak kepada ND Lala itu juga berkata dia ada caranya yang tersendiri dalam mengendalikan masalah rumah tangga. Permohonan cerai itu adalah jalan terakhir yang diambil olehnya selepas bertahun mencuba.

"I put my baby first in everything, Untuk jadi ibu yang lebih baik, this time, I chose me. Sha buat keputusan sendiri utk kendalikan masalah ini dgn cara Sha..

"Please jangan pandang rendah pada Sha ckp Sha tak boleh buat keputusan dan dipengaruhi oleh org lain.. Maybe itu dulu, tapi skrg I took charge of my own life.



"Sha jarang sekali mengendahkan hati sendiri. Ramai yg tanya kenapa Sha pilih Jalan ini? Percayalah, ini adalah jalan yang terakhir, dah bertahun sha cuba.

"Semua orang nak bahagia. Sha pun manusia biasa. Sha cuma nak cakap kepada ibu2 dulu kat luar sana supaya jangan takut.. ramai yg suruh ibu2 atau bapa2 bertahan dlm perkahwinan demi anak2.. tapi, ianya bukan perkara mudah.. bila kita nak jaga anak dgn perasaan diri terdera, bkn lah satu environment yang sihat utk tumbesaran anak.

"Terima kasih kpd kata2 sokongan semua yang sha tak sempat nak jawab satu2. Semoga Allah merahmati anda semua ❤️ #doayangbaikbaik 🙏🏼," tulis Shila.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: