"Alhamdulillah ☝," luah pelakon Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin yang bersyukur apabila isterinya, Atita Haris selamat melahirkan anak kedua mereka.
Nas-T berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya. Menerusi hantaran, memaparkan Nas-T sedang memeluk dan meratapi wajah anaknya itu turut disertakan kapsyen ringkas.
Dalam pada itu, Atita turut berkongsi gambar anak ketiganya itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya dengan kapsyen: "Alhamdulillah 🤲🏻😘 @nvst1, Adik da jadi kakak".
Klik untuk gambar besar
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa terkejut tentang berita itu kerana tidak mengetahui Atita sedang hamil sebelum ini.
Untuk makluman, Nas-T mendirikan rumah tangga dengan Atita pada 26 Januari 2016 dan kini sudah dikurniakan dua orang anak. Atita mempunyai seorang anak perempuan bernama Sofia hasil perkahwinan terdahulu.
________________________

No comments:
Post a Comment