23 December 2021

SEKIAN LAMA BERTARUNG KANSER - ISTERI DAVID ARUMUGAM MENINGGAL DUNIA



Selepas bertarung kanser, pagi tadi, isteri tercinta penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, 71, iaitu Datin Sabrina Clydes, 65, telah meninggal dunia.

Perkara itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave. DJ Dave berkata, berita itu dimaklumkan sendiri penyanyi itu kepadanya, pagi tadi.

"Saya terima panggilan telefon David pagi tadi memaklumkan isterinya meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi. Setahu saya, isterinya menghidap kanser sejak empat tahun lalu," katanya kepada Berita Harian.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada penyanyi yang popular dengan lagu 'Seribu Bintang' itu tidak kesampaian kerana sibuk menguruskan pengebumian isterinya.

Pada 2007, David telah kehilangan adik yang juga anggota Alleycats iaitu Loganathan Arumugam akibat kanser paru-paru.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: