23 December 2021

PUTERI BALQIS DIDAKWA MEMBERONTAK & TIDAK INGAT TUHAN - INI JAWABNYA



"Hello adik, orang kata adik memberontak dan tidak ingat Tuhan. Apa yang adik belajar dari ibu?" itulah pertanyaan seorang netizen menerusi ruangan soal jawab kepada pelakon cilik, Puteri Balqis yang kini meningkat dewasa.

Persoalan tersebut dilontarkan netizen selepas penampilan terbaharu Balqis yang dilihat memakai skirt pendek dan stoking panjang berwarna hitam dan bercorak tengkorak mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai keadaan terkini pelakon berkenaan.

Enggan berdiam diri, Balqis atau mesra disapa Aqish menerusi InstaStory miliknya tampil memberi respon berhubung persoalan netizen yang mendakwa dirinya memberontak dan tidak ingat Tuhan.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita bertatu, sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada media sosial, mengelakkan diri dari manusia kerana tidak mahu mengumpat dan mengeji. Berterima kasih kepada rumput yang dipijak, memohon maaf kepada haiwan-haiwan yang dikhianati," jawab Balqis di Instastory.

Tambah pelakon drama popular 'Akulah Balqis' itu, ibunya juga seorang yang rajin bersedekah kepada pekerja pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

"Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada pemotong rumput dan tukang sapu sampah. Ini doa ibu saya setiap hari, 'Wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hamba Mu, termasuk tumbuhan dan haiwan. Semoga seluruh hamba Mu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan'," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: