17 December 2021

DAYAH BAKAR & KELUARGA AKHIRNYA PULANG KE MALAYSIA SELEPAS HAMPIR SETAHUN DI AUSTRALIA



"Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.

"Honestly, I'm sad to leave, but at the same time, I can't wait to meet my family back home. I also know it's time to get actively hosting / emceeing again.

"I pray that we all will cross path again someday, I believe we will. (yang di dalam video dan juga yang tiada di dalam video) Alhamdulillah, selamat sampai semuanya.

"Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia 🇲🇾❤️," tulis pengacara Dayah Bakar yang memuat naik video penjalanan dia bersama suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi dan anaknya, Achbar Muhammad Fahri pulang ke Malaysia setelah hampir setahun berhijrah ke Austalia.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, kisah bekas penyampai radio itu mengundang rasa sebak wargamaya apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya yang merupakan pegawai tentera akibat pandemik.

Setelah menjalani proses kehamilan dan bersalin tanpa kehadiran suami, Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar akhirnya berpeluang membawa anak sulung yang ketika itu berusia lima bulan bertemu suaminya buat kali pertama pada awal tahun ini dan menetap di negara tersebut.

Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Achbar yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: