31 December 2021

DIGANGGU LELAKI SANG*P - NETIZEN TAK PELIK, MALAH 'SEKOLAHKAN' BABY SHIMA



"Spiderman ada.. superman ada.. yang ni superhero terbaru sang*pman 😂😂. Cuba tolong sattlekan Sang*p.. kesian teruk sang*p dia ni 😂😂😂 🙈," itulah tulis penyanyi Baby Shima yang mendedahkan menerima mesej berbaur lucah di laman Instagram.

Menerusi entri tersebut, Shima turut memuat naik paparan skrin mesej diterima daripada lelaki berkenaan dengan kata-kata bernafsu. Tidak melatah dengan mesej diterimanya itu, Shima meminta bantuan netizen untuk menguruskan individu berkenaan.

Perkongsian Shima itu menerima perhatian netizen dimana rata-ratanya mengecam tindakan lelaki berkenaan. Bagaimanapun ada juga yang menyalahkan Shima menjadi punca menerima mesej sedemikian. Malah, ada yang mengatakan tidak pelik penyanyi itu diganggu lelaki miang dek kerana cara pemakaiannya.

Bulan lalu, Baby Shima terpalit kontroversi didakwa bercium di sebuah kelab malam dan dikecam teruk sehingga dia mengalami tekanan dan perlu mengambil ubat penenang. Bagaimaapun, Shima mejelaskan ianya lakonan untuk MV lagu barunya berjudul, 'Lalai'.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: