24 December 2021

DITANYA PELBAGAI SOALAN TERMASUK MUSLIM GAY - INI JAWAB PUTERI BALQIS



Nama pelakon cilik Puteri Balqis sejak akhir-akhir ini menjadi hangat selepas penampilan terkininya menarik perhatian ramai. Ini kerana Balqis memuat naik foto menggayakan skirt pendek berserta stokin net panjang berwarna hitam dengan corak tengkorak.

Tidak hanya itu sahaja, malah Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish yang sekian lama menyepi itu turut berkongsi beberapa entri di Insta Story sehingga mencuri perhatian netizen. Antaranya, pendapat Balqis mengenai Muslim yang meminati kaum sejenis.

Menurut pelakon berusia 14 tahun itu, ianya merupakan satu lagi bentuk kasih sayang dan Tuhan memahami pelbagai bentuk kasih sayang yang wujud.

"Tuhan itu dwibahasa, jadi Dia memahami pelbagai bentuk kasih sayang. Terlalu banyak kebencian disebarkan, kenapa nak halang cinta terakhir ini? Percaya pada Sang Pencipta, kalian wujud untuk berkasih sayang," jawabnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, menjawab persoalan netizen sama ada dia menyesal atau tidak kisah hidupnya disiarkan di program Bersamamu, Balqis kata tidak kerana dari situ dia mengenali siapa kawan, siapa lawan.

Dalam masa sama, Balqis dilihat juga ada menjawab persoalan netizen yang mahu mengetahui tentang keadaan kesihatannya. Balqis berkata dia masih dalam proses untuk sembuh namun sudah berhenti mengambil steroid dan ubat-ubatan.

Mengulas mengenai perkongsian di Instagram dengan penampilan diri yang seolah-olah misteri, 'dark' dan memperlihatkan bagai kehidupan penuh liku dan berduri, Aqish menafikannya. Sebaliknya, Aqish mengaku melalui hidup yang gembira dan ceria seperti remaja seusia.

"Sebenarnya, apa yang ditulis dan dipaparkan untuk IG semata-mata. Kadang-kala, apa yang saya kongsi di IG mewakili perasaan pengikut saya. Saya hanya ingin mereka tahu bahawa saya sentiasa bersama mereka. Saya amat menghargai sokongan mereka.



"Di luar, saya menjalani hidup sama seperti remaja lain. Saya gembira hidup bersama Mummy dan kawan-kawan. Mungkin tidak gemar mengikut 'trend' dan tidak suka memuat naik foto 'nakal' persis gadis lain, orang melabelkan hidup saya gelap," jelasnya.

Dalam berdepan persepsi itu, Aqish sebaliknya membangkitkan persoalan apakah tindakan berkongsi kepayahan hidup yang diterjemah melalui puisi menandakan dirinya bermasalah: "Apakah kerana saya tidak gemar bergelek di TikTok, saya dilabel tidak normal?" tuturnya.

Ditanya mengenai kesihatan dirinya, Aqish yang sering muntah darah sejak 2018, berkata dia masih perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan.

"Penyakit saya belum pulih. Saya masih alami pendarahan. Saya perlu menjalani rawatan susulan tiga bulan sekali," katanya yang masih aktif menulis buku bersama ibunya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: