02 December 2021

DUKUN DIVA GANTI I-TANGGANG



Astro Originals bakal mempersembahkan sebuah lagi drama terbaru, DUKUN DIVA yang menggantikan I-Tanggang di Astro Citra saluran 108, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 6 Disember depan.

Dukun Diva merupakan drama premium tempatan pertama yang membawakan kisah kisah ‘female con artist’ dan 'anti-heroes'. Ia membariskan gabungan pelakon berbakat besar senior dan muda seperti, Nadia Aqila, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramlie, Siti Khadijah, Kahoe Hon, Aloy Paradoks dan ramai lagi.


Dukun Diva diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan drama premium 8 episod ini mengisahkan tentang Che Yah seorang bekas pelakon yang ‘tak menjadi’ berkomplot dengan seorang remaja bermasalah bernama Lola untuk menipu masyarakat elit dengan menyamar menjadi dukun kerana desakan hidup.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: