02 December 2021

KES DADAH 39B - DJ ISMA HALIL HAMZAH KINI DI TAHAN DI SUNGAI BULOH, DAKWA DIFITNAH



"Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Saya sihat dan berada di Sungai Buloh. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.

"Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya." demikian nota ringkas penyampai radio Isma Halil Hamzah, yang didakwa difitnah kes Dadah Seberat 447.44 Gram.

Menurutnya, dia bersumpah dengan nama Tuhan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar dan semua itu adalah fitnah.

"Buat masa ini Isma telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori," ujar peguam Isma pula iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, yang menerima nota ringkas tersebut semasa bertemu anak guamnya menerusi OhBulan.

"Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta telah ditetapkan pada 15/12/2021 untuk laporan jabatan kimia. Jika laporan tersebut sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. Kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja," tambah peguam itu.

Untuk info, sekitar September yang lalu, timbul dakwaan mengenai seorang penyampai radio ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja.

Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang telah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: