02 December 2021

FIZZ FAIRUZ KONGSI KISAH TERKENA GANGGUAN MAKHLUK HALUS



"Saya menjalani penggambaran di Sahom, Gopeng yang terkenal sebagai 'tempat' keberadaan benda-benda halus. Saya tiba di situ selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran yang berada di perkampungan Orang Asli.

"Saya tiba di lokasi sekitar 5 hingga 10 minit saja, namun sudah rasa seram sejuk. Ketika itu saya bersama seorang ustaz, yang baru saja mengubatkan Nazim Othman. Selepas tiga hari penggambaran saya terus pulang Kuala Lumpur.

"Apabila tiba di rumah, saya demam tak kebah dan dada rasa seperti ditekan. Namun, apabila menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19, mujur saya negatif. Cuma, saya tak boleh makan selama dua minggu kerana pasti muntah.

"Selain itu, saya juga panas dengan isteri sendiri, tak bermain dengan anak-anak dan banyak termenung. Selama dua minggu 'benda' itu menumpang dalam badan saya dan akhirnya saya menghubungi doktor meminta nasihat.

"Dalam tempoh berkenaan, dua kali juga saya masuk wad dan membuatkan saya bertanya kepada seorang ustaz. Menurutnya, saya patut membersihkan diri terlebih dulu sebelum pulang ke ibu kota.

"Biasalah kita ke tempat yang 'keras'," kata pelakon Datuk Fizz Fairuz yang menperjelaskan keadaan dirinya yang kurang sihat akibat 'terbawa' pulang sesuatu ketika menjalani penggambaran di Gopeng, Perak beberapa bulan lalu.

Fizz berkata, perkara mistik itu bukan saja memberikan impak terhadap kesihatannya malah turut menjejaskan hubungan bersama isteri, pelakon Datin Almy Nadia dan anak-anaknya.

Terdahulu, Almy berkongsi cerita mengenai keadaan kesihatan suaminya itu yang menerima rawatan di hospital akibat penyakit angin gastrik. Menurut Almy lagi, hampir dua minggu juga jadual pemakanan suaminya terganggu akibat asid dalam bahagian perutnya semakin meningkat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: