02 December 2021

"CEPAT SEMBUH LONG..." - ABANG ACHEY MASUK HOSPITAL, ALAMI MASALAH PARU-PARU



"Setakat ini kami belum dapat tahu punca penyakit dia. Cuma yang saya tahu ada masalah di bahagian paru-paru. Sebelum ini kesihatan abang saya merosot. Badan susut dan mengalami batuk yang berpanjangan sebelum seluruh ahli keluarga dijangkiti Covid-19 beberapa bulan lepas.

"Ketika itu abang saya tidak dijangkiti, hanya kontak rapat dan Alhamdulillah selepas ujian saringan di hospital tadi pun keputusannya negatif," itulah kata pelawak, Achey mengenai abangnya, Helmi Hamzah yang dimasukkan ke hospital kerana masalah paru-paru.

Achey ketika dihubungi Gempak berkata, bagaimanapun abangnya itu negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan semalam (Selasa). Tambah Achey lagi, abangnya akan dipindahkan ke wad biasa dan menjalani ujian kahak untuk mengesan penyakitnya.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang ini nak test kahak dulu sebab takut ada penyakit lain seperti tibi atau lain-lain. Semoga tidak ada apa-apa yang serius," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Achey turut memuat naik foto abangnya di wad hospital di laman sosial Instagram (IG) dengan kapsyen: "Cepat baik long...". Manakala di ruangan komen pula, rata-rata pengikut mendoakan kesembuhan buat Helmi dan berharap agar Achey bersabar dengan dugaan diberikan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: