02 December 2021

NIA RAMADHANI & SUAMI DALAMI ILMU AGAMA KETIKA TERIMA RAWATAN PEMULIHAN DADAH



Pada Julai lalu, pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah ditahan bersama pemandu peribadi mereka atas kesalahan memiliki dadah dan ditempatkan di pusat pemulihan. Sejak dari itu, khabar Nia dan suaminya sudah lama kita tidak dengar.

Terbaru, peguam Nia dan suami iaitu Wa Ode Nur Zainab tampil memberi perkembangan terkini tentang mereka dengan mengatakan pasangan suami isteri yang sedang menjalani pemulihan di Lembaga Rehabilitasi Fan Campus, Bogor, Jawa Barat, berada dalam keadaan sihat. Malah Wa Ode menjelaskan tubuh Nia yang pernah cengkung dan mengejutkan banyak peminatnya sudah kembali segar.

"Ahamdulillah sangat baik. Nampak sekali betul-betul ada perkembangan yang sangat signifikan mengenai kesihatannya, lebih bugar (fizikal segar)," kata Wa Ode seperti dipetik dari Kompas.

Selain itu, peguam tersebut juga memaklumkan baik Nia mahupun suaminya, Ardi, kedua-dua menjadi lebih mementingkan soal agama kerana kerap mendapatkan nasihat dan mengikuti kelas bersama ustaz yang disediakan oleh pihak pusat pemulihan.

Klik untuk gambar besar



"Iya Alhamdulillah, semakin religius (mendalami agama). Memang di sana juga ada ustaz yang sedia membantu memberi nasihat apabila diperlukan," jelasnya lagi.

Sementara itu menyentuh tentang perkembangan terkini kes mereka, Wa Ode memberitahu kedua klien mereka sudah siap jika dipanggil untuk memberi keterangan, sekaligus menerima hukuman yang dijatuhkan pihak berkuasa mengikut sabit kesalahan yang dilakukan.

"Sejak mereka menjalani proses di Polres Jakarta Pusat, keduanya sudah bersedia untuk menjalani hukuman. Jika dilihat juga, mereka sudah pulih dan siap untuk kembali ke masyarakat," tambahnya yang dipetik dari laman YouTube Intens Investigasi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: