02 December 2021

FIRDAUS WONG: "HARAP SAF MASJID DIRAPATKAN SEBAGAIMANA PENYOKONG BOLA SEPAK..."



Semua sedia maklum mengenai perlawanan Piala Malaysia 2021 yang berlangsung Selasa lalu dimana Kuala Lumpur City FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun yang menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir dilihat tidak mengikut SOP dan duduk rapat ketika menonton perlawanan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Firdaus Wong yang menyuarakan pendapatnya agar saf di surau dan masjid juga dapat dirapatkan seperti yang berlaku di stadium.

"Saya berharap agar surau & masjid dapat diimarahkan, saf dirapatkan sebagaimana penyokong bola sepak boleh duduk rapat-rapat, penumpang bas & penumpang kapal terbang boleh duduk sebelah menyebelah," tulisnya.

Kata Firdaus lagi, dia hanya berkongsikan suara hati sahaja namun para ulama lebih tahu mana yang lebih baik berhubung perkara itu. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong pendapat Firdaus serta meminta pihak berkenaan mengkaji semula SOP untuk surau dan masjid.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: