10 December 2021

FIFY AZMI & NAFIEZ ZAIDI DILAMUN CINTA



Pelakon Fify Azmi dan Nafiez Zaidi nampaknya terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka yang sedang dilamun cinta apabila kecenderungan memuat naik foto bersama menerusi laman Instagram.

Enggan berselindung lagi, Nafiez mengaku sejak penggambaran filem 'Ada Hantu 2' baru-baru ini, hubungan dengan Fify bertambah rapat dan istimewa.

"Ketika mula berkenalan, kami tidak rapat sangat. Selepas habis 'shooting' masing-masing sibuk sampai nak berhubung melalui telefon pun jarang.

"Apabila kembali ke set penggambaran filem Ada Hantu 2, hubungan jadi lebih mesra dan akrab. Barulah kami dapat berbual dan berkenalan lebih rapat," katanya.

Klik untuk gambar besar



Nafiez atau nama sebenar, Abdul Nafis Abduzaidi mengaku mudah berkomunikasi dengan Fify lalu melancarkan kerjasama di set penggambaran.

"Dia buat saya selesa... Sampai sekarang hubungan kami jadi senang," katanya yang diperkenalkan dalam drama Kiah The Spy pada 2013," ujarnya.

Sementara itu, Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi mengaku mudah berkomunikasi dengan Nafiez.

"Nafiez jadi diri sendiri. Dia tidak berpura-pura. Itu antara ciri dirinya yang membuatkan saya tertarik. Kalau ada jodoh dan dia boleh membimbing saya... Alhamdulillah. Saya memang mencari calon suami, bukannya kekasih," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: