10 December 2021

FOTO MESRA - INI PERJELASAN BEKAS PRAMUGARI MENGENAI HUBUNGANNYA DENGAN ZUL ARIFFIN



Pelakon Zul Ariffin menerusi Instastory baru-baru ini ada memuat naik foto selfie bersama seorang gadis cantik dikenali Sharleen atau nama sebenarnya Sabrina Sharleen, 24, sehingga membuatkan netizen tertanya-tanya status hubungan mereka.

Enggan netizen terus berteka-teki, Sharleen tampil menjelaskan bahawa mereka sudah mengenali satu sama lain sejak tiga tahun lalu. Namun, katanya, hubungan antara dia dengan pelakon drama 'Bidadari Kiriman Tuhan' itu hanyalah kawan biasa semata-mata.

"Sebenarnya saya dengan Zul dah berkawan lama sejak tiga tahun lalu dan pernah jumpa beberapa kali. Ada satu hari tu saya cakap kat dia why not one day you let me into your drama, saya nak belajar. So ya betul, dia tolong saya jadi pelakon tambahan untuk drama 'Tarik Aku ke Syurga'," katanya dipetik kepada mStar.

Mengakui kapsyen pada foto tersebut mengundang spekulasi netizen, Sharleen berkata, tujuannya memuat naik foto itu hanya ingin mengusik pengikutnya di Instagram miliknya yang rata-rata meminati Zul Ariffin.

Klik untuk gambar besar



"Motif saya buat kapsyen macam tu just nak tease my follower sebab memang ramai minat Zul Ariffin. Saya tak sangka pula ramai kecewa dan anggap benda tu real. Saya terharu juga baca komen yang memuji dan positif.

"Tapi dont worry, he still single. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Zul pun repost dia letak caption dan buat biasa je," ujarnya.

Bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan yang kini berkerja sebagai ejen insurans dan perunding unit amanah itu berharap penglibatannya dalam industri hiburan diterima ramai.

"Saya masih baru dalam industri banyak benda lagi nak belajar da cari banyak pengalaman lagi. Untuk masuk dalam industri InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan teruskan," tuturnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: