08 December 2021

ISTERI HAMPIR SETAHUN BERHIJAB - FAHRIN AHMAD LUAH SYUKUR, DOA KEKAL ISTIQAMAH



Rasa syukur dan gembira... demikian perasaan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad apabila isteri kini menutup aurat dengan berhijab sejak awal tahun lalu. Pelakon drama 'Dear Cinta' ini juga mendoakan isterinya itu terus istiqomah dengan keputusan tersebut.

Jelas Fahrin, 42, dia tidak pernah memaksa isterinya, Elena Hani Eleas, 41, melakukan perkara itu, sebaliknya selalu berpesan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.

"Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.

"Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.

Klik untuk gambar besar



"Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah... semuanya berlaku naturally," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal keluar dengan drama berjudul 'Khilaf Asmara' terbitan Radius One yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.

Untuk makluman, Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena Hani Eleas, 41, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: