08 December 2021

WAJAH MACAM KOREA LEBIH DIMINATI, BERBANDING WAJAH PECAH RUMAH, JANTAN - ROSYAM NOR



"Pada hari ini, wajah-wajah yang berbentuk Korea itu diminati dan fesyen sekarang tak sama macam waktu saya dahulu. Zaman dahulu, muka 'pecah rumah' macam saya boleh jadi hero dan sebab itulah nampak muka jantan.

"Zaman sekarang orang tak berminat dengan wajah macam saya kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh pengaruh Korea," itulah ujar pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang berpendapat ketika ini penonton Malaysia sudah tidak berminat dengan pelakon berwajah sepertinya.

Jelas Rosyam, kemunculan hero berwajah 'jambu' dan kurang 'jantan' adalah disebabkan peredaran trend semasa penonton yang terpengaruh dengan drama-drama dari Korea Selatan.

Klik untuk gambar besar

Kata-kata Rosyam itu adalah bagi mengulas mengenai kenyataan pelakon Faizal Hussien yang mengakui industri seni tanah air kini kekurangan pelakon lelaki yang memiliki sifat kejantanan. Menurut Faizal, zaman sekarang lebih ramai pelakon 'adik-adik' berbeza ketika zamannya.

Sementara itu, mengulas isu rungutan segelintir pelakon yang menganggap stesen televisyen berlaku tidak adil apabila hanya mengambil hero yang mempunyai 1 juta pengikut Instagram, Rosyam berkata, ia syarat yang diletakkan oleh penyiar Over-The-Top (OTT). Sebaliknya, kata pelakon filem 'KL Gangster' ini, stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.



"Ramai yang tersalah tafsir perkara itu termasuk penggiat seni, penerbit dan artis-artis yang menyalahkan stesen TV tempatan. Sebenarnya itu adalah permintaan daripada OTT platform seperti Netflix, WeTV, iQIYI kerana pemilik dia duduk di luar negara, mereka tak kenal pun artis Malaysia.

"Kalau staf yang berada di sini nak submit nama artis untuk kelulusan contohnya di China atau Amerika Syarikat, mereka nak tengoklah siapa artis ini... kalau betul artis itu popular paling tidak pun mesti ada satu juta pengikut. Akhirnya apabila perkara ini kecoh sehingga penggiat seni terus menyalahkan stesen TV tempatan tanpa usul periksa.

"Stesen TV tempatan sebenarnya membantu industri, saya sendiri ambil pelakon baru yang followers baru 200 pengikut untuk jadi hero. Saya harap selepas ini kita kaji dahulu apa isu sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan," tuturnya kepada mStar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: