08 December 2021

KERANA RASA SUNYI - IQBAL BERHASRAT AMBIL ANAK ANGKAT, MAMPU TANGGUNG IBU & ANAK SEKALI



"Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat. Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat," demikian kata usahawan sensasi Iqbal Zulkefli.

Sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat, Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa. Iqbal menerusi Instastory sebelum ini ada berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang sarat mengandung.

Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal menjelaskan, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida terputus di tengah jalan.

Klik untuk gambar besar



"Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia. Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja.

"Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak. Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik," ujarnya.

Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa: "Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: