09 December 2021

ISTERI SHUK: "ORANG MEMPERLAKUKAN AKU TERUK... DIORANG BERCUTI, BER 'CHECK IN', AKU SABAR..."



"Orang memperlakukan aku teruk, diorang biar aku tunggu berbulan-bulan, diorang bercuti, diorang ber 'check-in'. Aku sabar menunggu walaupun tiada kepastian.

"Sedih jangan cakaplah. Tuhan saja yang tahu bila, dimana, banyak mana aku menangis. Menipulah ba, ber TABAH terus…tapi aku yakin, ni cara Allah jadikan insan macam 'kita' ni lebih sabar dan tabah.

"Bersyukurlah dalam ujian ini kita orang yang dikhianati, bukan PENGKHIANAT!" tulis isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Serra yang seakan meluahkan rasa terkilan apabila dibiarkan tertunggu-tunggu berbulan-bulan sedangkan pihak di sana sempat bercuti dan 'check-in' hotel.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan perkongsiannya itu ditujukan kepada siapa, namun rata-rata netizen dapat mengagak kenyataan itu untuk siapa.

Klik untuk gambar besar



Rumah tangga Shuk sering menjadi perhatian ramai apabila isterinya sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Hujung bulan lalu, Serra mengakui seolah digantung tak bertali oleh suaminya yang didakwa sibuk bercinta sehingga sukar untuk memberikan kerjasama.

Awal November, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: