23 December 2021

ISU AKSI MESRA - RUHAINIES AKUI DIA & ZUL ARIFFIN TIADA HUBUNGAN, TAPI SANGAT RAPAT



"Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan 'bersuara'. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

"Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu.

"Tapi Zul sangat mengenali saya dan begitu juga sebaliknya. Dia tahu perangai saya dan saya juga tahu perangai dia. Zul sebenarnya bukanlah seperti apa yang orang ramai fikirkan.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak marah pun pada dia. Sebab sudah biasa. Memang begitu cara kami bermesra sebagai kawan," itulah kata pelakon Ruhainies yang tampil menjawab isi tular video memaparkan aksi mesranya bersama pelakon Zul Ariffin sehingga ada yang mengatakan mereka seperti pasangan kekasih.

Malah, ada yang memberi restu jika mereka menjadi pasangan kekasih dan berkahwin. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia dan Zul tiada hubungan istimewa dan hanya sekadar rakan karib sahaja. Kata Ruhainies lagi, orang luar yang tidak mengenali hubungan rapat mereka mungkin kurang senang melihat kemesraan mereka itu.

Tambah, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, dia menjelaskan bahawa kedua-dua video tersebut dirakam oleh pembantu peribadinya sendiri sebelum dimuat naik dalam TikTok.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: