30 December 2021

KENA 'SOUND' DENGAN MAK, RAJA VIRAL - ALIFF SYUKRI NAFI GIMIK, SERTAKAN BUKTI



"Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih yang telah mendoakan kesihatan saya.. Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital 4-5 hari yang lepas dan skrg masih di wad hospital damansara bukan sekadar gimik ya..

"Sy memang x nak infom sesiapa waktu sy tengah lemah sgt sbb sy pitam terlalu sakit.. Bila sy dah sedar dan beransur pulih baru sy posting bedio tu… sebab ramai juga yang ingatkan saya sengaja atau demam biasa.. Lgi2 mak sy tu dia x faham sy 😭😭😭.. sebab tu saya posting sekali dengan surat pengesahan sy COVID stge 3..

"Ramai juga yang cakap kenapa saya punya tempat hospital cantik sebab saya duduk hospital swasta sy pilih bilik yg cantiklah... bukan kerajaan yg ditanggung insuran (innsyuran akan bayar bila u stage 3 keatas sahaja ya)..

"Soalan kenapa sy boleh makan buah2 sedap (sbb sy dah recover) bukan masa nazak sakit tu sy makan... Okkk apa lagi nak tanya? Byk sgtt makcik bawang kurang kerja di sini 🤪.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih kpd puan @norhidayatimahali wakil insurans saya yang menguruskan kos rawatan saya kalau nak bayar mahu keluar kereta Viva sebiji 🤲🤲🤲," demikianlah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang membalas tulisan panjang ibunya, Rozita Ibrahim mengenai dirinya.

Sebelum ini, ibu Aliff telah melabel anaknya itu sebagai 'Raja Viral'. Ia susulan hantaran Aliff di laman Instagram semalam memaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 tahap tiga. Dalam hantaran sama, Aliff turut memohon maaf kerana bimbang usianya tak panjang.

Ujar Rozita, dia perlu menegur tindakan anaknya ini yang dianggap seperti 'mengada-ngada' selepas Aliff tidak menjawab panggilan dan membalas mesejnya. Rozita juga menegur tindakan anaknya yang memberi kesan kepadanya sebagai ibu dan ahli keluarga yang lain.

Dalam hantaran sama, Rozita turut menjelaskan bahawa dia sebelum ini sudah menasihatkan anaknya supaya membuat ujian C0V1D dengan segera namun tidak diendahkan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: