09 December 2021

MASUK TRIMESTER KEDUA - NADYA SYAHERA UMUM HAMIL ANAK KETIGA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Nadya Syahera, 28, telah memaklumkan dirinya kini mengandung anak ketiga. Jelas Nadya, dia memilih untuk merahsiakan kehamilannya sehingga memasuki trimester kedua kerana bimbang ada pihak yang kurang senang dengan khabar gembira itu.


"Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang! Ya nombor ketiga on the way, Alhamdulillah. Masa tahu awal mengandung gementar dan risau, tak sangka tapi tetap teruja nak lalui fasa-fasa mengandung ni... mula-mula ingat sebabkan vaksin jadi period tak betul, sekali ha kau!

"Ada juga rasa risau mulut-mulut orang, tanggapan-tanggapan jahat, kata-kata kurang sihat untuk didengar sebab pengalaman lalu ada saja orang yang tak senang dengan khabar gembira kita, cakap itu dan ini yang membuatkan saya tak happy dengan hal yang sepatutnya saya happy, jadi sebab itu saya simpan dulu," katanya.

Sementara itu, isteri kepada pelakon Fizul Nawi ini berkata, dia mengalami alahan yang teruk semasa awal kehamilan, namun keadaan semakin beransur baik.

Klik untuk gambar besar



"Sickness dan mood turun naik tu dah habis kut, cuma awal-awal hari itu diuji alahan teruk lepas itu tambah pula dengan benda pelik buatkan saya lembik tak boleh makan dengan baik hampir dua bulan.

"Sekarang dah trimester kedua, saya enjoy saja buat dan makan apa saya nak. Doakan saya tiada alahan, sihat dan dipermudahkan sampai la baby keluar tahun depan ya. Selepas empat tahun nak beranak pula wey, sis nervous!" ujarnya dipetik berkata kepada mStar.

Dalam pada itu, Nadya turut mendoakan supaya wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki yang sama secepat mungkin.



"Oh ya masa saya dapat tahu saya mengandung tu terus terdetik dekat hati, saya doa supaya Allah hadiahkan dan hadirkan juga khabar gembira macam ini untuk mereka-mereka yang masih berusaha mendapatkan zuriat. InsyaAllah usaha, doa dan tawakal okay," tuturnya.

Untuk makluman, Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan yang kini berusia empat tahun.

Pada Jun tahun lalu, Nadya memberitahu dia mengalami keguguran bayi kembar ketika usia kandungannya hampir mencecah tujuh minggu. Kata Nadya keguguran itu mungkin berpunca disebabkan dia ada makan buah nenas muda tanpa mengetahui dirinya sedang berbadan dua.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: