18 December 2021

MENANG MLM 2021 - SYAIFUL TIRO MAHU TUNAI UMRAH & BELI BOT NELAYAN BANTU PENDUDUK KAMPUNG



"InshaAllah kalau dipanjangkan umur, saya mahu menunaikan umrah dan kemudian beli sebuah bot nelayan. Saya datang ke sini memang berniat nak membeli sebuah bot untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kampung," itulah kata pelawak Syaiful daripada kumpulan Tiro yang mahu berkongsi rezeki wang hasil kemenangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 apabila dia berhasrat membeli sebuah bot nelayan untuk kegunaan penduduk kampungnya.

Ditemui pada sidang media selepas berakhirnya MLM21 di Putrajaya International Convention Center (PICC) malam tadi, Syaiful atau Mohd Syaiful Doli Sharif, 32, berkata, selain membantu penduduk Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah mencari rezeki, dia juga berhasrat untuk menunaikan umrah.

Pada minggu akhir MLM 2021, Trio yang dianggotai oleh Syaiful, Sharif dan Danial telah dinobat sebagai juara, sekaligus membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi.

Selain Syaiful, adiknya iaitu Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadil Doli Sharif, 30, juga mahu menggunakan wang tersebut untuk melaksanakan ibadah umrah. Tambahnya, sebahagian daripada wang itu turut mahu dijadikan sebagai simpanan bagi menampung perbelanjaan.

Klik untuk gambar besar



"Memang saya dah niat InshaAllah kalau ada rezeki ni nak pergi umrah. Selebihnya saya akan simpan sebagai saving untuk kita bertahan sepanjang pandemik. Duit itu mungkin juga akan digunakan untuk projek yang akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 28, pula mahu menggunakan wang tersebut untuk tujuan berkahwin biarpun masih belum mempunyai calon isteri.

"Saya nak berkahwin, tapi calon isteri belum ada lagi. Saya nak pergi haji dan selepas itu mahu berkahwin. Umur pun sudah 28 tahun, sudah tiba masanya saya mencari jodoh," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: