18 December 2021

REZEKI MLM 2021 - ALI PUTEH SELAMAT TIMANG ANAK KEEMPAT, LELAKI



"Alhamdulillah syukur pada Allah, isteri saya selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 2.40 petang. Semua proses kelahiran dipermudahkan dan isteri serta bayi berada dalam keadaan sihat.

"Perasaan saya menanti kelahiran kali ini sama sahaja macam kelahiran sebelum ini," ujar pelawak Ali daripada kumpulan Puteh yang berkongsi berita gembira dimana dia menyambut kelahiran anak keempat pada pagi Sabtu.

Selepas merangkul gelaran naib juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, memaklumkan isterinya, Melati Fitri selamat melahirkan anak keempat yang merupakan bayi lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai nama anak keempatnya itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini berkata dia dan isteri masih belum membuat keputusan mengenai nama yang sesuai untuk diberikan.

Klik untuk gambar besar



"Buat masa ni nama belum terfikir lagi, kami selesaikan dulu urusan di hospital sampai baby balik rumah dulu. Cukup masa dan bila dah jumpa nama barulah kita beritahu nama anak kami itu. Apa-apa pun saya nak berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kami," jelasnya.

Untuk makluman, Ali mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah pada Mei 2016. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 4, dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Pada 25 September tahun lalu, mereka dikurniakan cahaya mata ketiga iaitu anak lelaki, Syed Umar Iskandar yang kini berusia setahun.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: