18 December 2021

"PERLU DIKAJI SEMULA PEMILIHAN JURI, TAK PERLU LA ADA SANG BARA" - SHAHROL SHIRO



"Buat astro warna, berilah ruang seluasnya bukan sahaja juara tetapi kesemua komedian yg ada. Jgn dikubur bakat mereka dan hanya gah bersorak sewaktu MLM sahaja. Selepas itu hilang tanpa berita 😌.

"Jika ada MLM lagi perlu dikaji semula pemilihan juri. Tak perlu la ada Sang Bara. Malam ini kita meraikan peserta finalis, bukan drama siapa Sang Bara 😪.

"Tahniah semua finalis dan peserta MLM2021. Teruskan berkarya dengan ikhlas dan revolusikan industri komedi tanah air 💪. #AkuBudakKluang #HidupiKaryaKomedi #KitaBangkit #NeverSurrender," tulis pelawak Shahrol Shiro menerusi laman Instagram dimana dia memberikan pendapatnya mengenai program Maharaja Lawak Mega.

Semua sedia maklum MLM 2021 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menobatkan kumpulan Tiro sebagai juara. Selain itu, tekaan penonton mengenai siapakah juri misteri di sebalik topeng 'Sang Bara' akhirnya terjawab apabila pelakon Sharnaaz Ahmad muncul di akhir-akhir rancangan.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, Shahrol berpendapat pemilihan juri untuk MLM perlu dikaji semula pada musim yang akan datang. Menurut Shahrol, tidak perlu ada 'Sang Bara' memandangkan pentas akhir MLM bertujuan untuk meraikan peserta bukan drama berkaitan siapa sebenarnya 'Sang Bara'.

Tambahnya lagi, pelawak-pelawak perlu diberi ruang seluasnya bukan hanya bersorak ketika bertanding sahaja. Ini kerana kata Shahrol, selepas pertandingan kebanyakan pelawak-pelawak terus hilang tanpa berita.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai bagaimanapun memberi pendapat yang berbeza dengan Shahrol. Mereka sebagai penonton berkata, kewujudan 'Sang Bara' pada musim ini sebenarnya 'menyelamatkan' program tersebut.

Jelas mereka, dengan adanya 'Sang Bara', para peserta mendapat idea untuk menjadikannya sebagai lawak jenaka pula. Bosanlah asyik 'kenakan' juri sahaja kan? Anda rasa?



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: