10 December 2021

YUSUF BAHRIN: "INSYA-ALLAH BULAN MADU SEBENAR MUNGKIN DI NEW ZEALAND ATAUPUN ICELAND"



"Yang saya pergi Sabah tu bukanlah pra-honeymoon, caption tu saja-saja je. Insya-Allah bulan madu yang sebenar nanti mungkin di New Zealand ataupun Iceland," jelas pelakon kacak Yusuf Bahrin yang berkongsi dimana dia dan isterinya, penyanyi Zizi Kirana memilih untuk berbulan madu di luar negara.

Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, dalam masa sama turut mengakui kehidupannya selepas berkahwin semakin dipermudahkan. Menurut Yusuf, rutin hariannya tidak banyak beubah dah bersyukur mempunyai isteri yang sangat memahami.

"Alhamdulillah setakat ni urusan kami banyak yang dipermudahkan oleh Allah SWT dari segi kerja dan urusan rumah tangga. Kami banyak luang waktu bersama dengan duduk di rumah, makan-makan sambil menonton filem. Alhamdulillah kesihatan Zizi juga semakin baik, dia dah boleh melompat sekarang haha," ujar Yusuf.

Tambah pelakon Jangan Ganggu Jodohku' ini lagi, isterinya juga pandai memasak dan ada beberapa resipi yang menjadi kegemarannya: "Saya paling suka kalau Zizi masak nasi goreng corned beef dan ikan siakap masak masam manis. Memang sedap. Kalau saya yang masak, takda menu yang Zizi favorite pun sebab saya tak reti masak sangat," katanya jujur.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkembangan lain, Yusuf dan Zizi bakal muncul dalam sebuah program memasak suami isteri berjudul The Lucky Bini Show. Program berbentuk game show ini menampilkan dua pasangan selebriti perlu menjawab pelbagai kuiz dan permainan untuk memenangi gelaran 'the best couple'.

Selain Yusuf dan Zizi yang akan tampil dalam episod pertama, antara pasangan selebriti lain yang mengambil bahagian adalah Mawar Rashid dan Raf Yaakob, sharifah Shahirah dan Ijoy, Hazama dan Genervie Kam, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, Ifa Raziah dan Mohd Yani serta ramai lagi.

Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad, saksikan program The Lucky Bini Show pada setiap hari Isnin bermula 13 Disember ini, 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: