10 December 2021

"BERJAYA KE FINAL SATU MAGIK... KAMI TIDAK MALU MENGAKU HARAPKAN UNDIAN..." - OTAI



"Alhamdulillah, lega sangat bila diumumkan kami semua akan ke minggu kesembilan. Dapat pergi separuh akhir adalah satu pencapaian buat Otai. Kami akan memberikan persembahan yang terbaik malam ini. Jika ada rezeki Otai adalah... Tapi kalau kami berjaya ke final itu magik.

"Bohonglah kalau kami kata tak teringin nak menjejakkan kaki ke pentas final. Macam Acong sendiri sudah mula menyertai MLM ini sejak musim pertama lagi. Tapi Otai akur, kami tidak ada fans yang ramai, markah keseluruhan adalah 70% daripada juri dan 30% lagi secara online.

"Kami tidak malu untuk mengaku yang Otai memang mengharapkan undian daripada orang ramai kerana mahu melangkah ke peringkat akhir minggu hadapan. Walau apa pun, kami berterima kasih kepada yang mengundi walaupun bilangannya tidak seramai kumpulan-kumpulan lain.

"Yang penting, semangat daripada mereka yang tidak jemu menyokong kami itu, sangat kami hargai," kata kumpulan Otai dianggotai Azlee, Acong dan Ieda yang mengucapkan rasa syukur apabila berjaya melangkah kaki ke peringkat Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, malam ini.

Klik untuk gambar besar



Menurut Otai, bertahan sehingga ke peringkat Separuh Akhir adalah rezeki yang telah ditentukan Allah SWT buat mereka dan sekiranya mara ke pentas finale ia merupakan satu keajaiban.

Dalam pada itu, Otai turut menghargai para peminat yang menerima persembahan mereka: "Setiap persembahan tidak kiralah mana-mana kumpulan pun, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Jujur kami katakan, kami terharu apabila ada penonton MLM 2021 yang memberi pujian.

"Walaupun ada yang kata kami ni tak kelakar, tetapi ramai juga yang sedar tentang sketsa 'fresh' daripada Otai, tak recycle lawak atau meniru mana-mana sketsa. Benda tu pun dah buat kami terharu dan tersentuh. Sedikit sebanyak, penat lelah di selama lapan minggu di MLM 2021 ini terasa berbaloi," tutur Otai mengakhiri perbualan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: