03 January 2022

2 PERMOHONAN BERJAYA - AVAA VANJA LEGA DAPAT HALANG ANAK DIBAWA KE LUAR NEGARA



Mahkamah Tinggi Syariah di sini telah membenarkan dua permohonan pelakon Avaa Vanja iaitu hadhanah interim (hak penjagaan sementara) dan injunksi berhubung anaknya.

Keputusan tersebut membuatkan Avaa menarik nafas lega apabila dia berjaya menghalang anaknya dibawa bekas suami, Aamil Sulaiman ke luar negara.

Peguam syarie Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa berkata kedua kedua-kedua permohonan itu dibenarkan selepas mahkamah meneliti keseluruhan fakta yang difailkan Avaa pada pendengaran kes hadhanah yang berlangsung di mahkamah itu hari ini.

Menurut peguam syarie itu bagi kes hadhanah interim, anak guamnya memfailkan permohonan tersebut sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan berikutan Avaa khuatir kebajikan dan akidah anaknya terabai sekiranya tidak dijaga beliau.

Klik untuk gambar besar



Sementara bagi permohonan injuksi pula ia bagi menghalang suaminya membawa anak mereka ke luar negara.

"Avaa memfaikan injunksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak Avaa juga mempunyai kewarganegaraan negara itu," kata Nurul Hafidzah ketika dihubungi Kosmo.

Dalam prosiding hari ini, selain Nurul Hafidzah, Avaa yang memfailkan cerai terhadap bekas suami pada 2 Disember tahun lalu itu turut diwakili peguam syarie Zeti Zulkifli.

Untuk makluman, Avaa dan Aamil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia sepuluh tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: