04 January 2022

EYRA HAZALI UMUM HAMIL ANAK KEDUA



"Awak serius ke sayang? Atau ini adalah ujian kehamilan yang lama dulu?" itulah kata suami pelakon Eyra Hazali, Muhammad Haziq Nadzli yang seolah tidak percaya isterinya itu kini sedang hamil anak kedua mereka.

"Saya baru menggunakan ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu. Saya ada membuat satu lagi ujian kehamilan di bawah," tutur Eyra pula bagi menjawab persoalan suaminya itu.

Berita gembira tersebut dikongsikan Eyra menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik satu dimana dia membuat kejutan memberikan hadiah kit ujian kehamilan kepada suaminya. Difahamkan, usia kandungan pelakon itu kini sudah mencecah lima bulan.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah 🤍 4 months left. Doakan kami semua sihat ya 🌹," tulis Eyra.

Dalam video berkenaan, pasangan itu dilihat berpelukan dan menangis kegembiraan di atas rezeki zuriat itu. Eyra dan suami turut berkongsikan berita gembira itu bersama keluarga melalui panggilan video.

Untuk makluman, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.



KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: