Penyanyi, pengacara dan penyampai radio Hunny Madu menerusi laman Instagram memaklumkan dia telah pun selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, seorang bayi perempuan.
Hunny yang berkahwin Fedrighi Francesco pada 2 Mei 2020 itu turut berkongsi sepotong video sepanjang proses melahirkan yang turut ditemani suaminya di wad bersalin.
Kongsi Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 37, dia sedang berusaha untuk menyesuaikan diri apabila kembali bergelar ibu dengan anak kecil yang diberi nama 'Mia Celine'.
Hunny yang sebelum ini mempunyai sepasang anak hasil perkahwinan terdahulu itu berkata, dia kini baru mempunyai sedikit ruang waktu untuk kembali ke media sosial selepas menjalani rawatan berurut dua hari lalu.
Klik untuk gambar besar
"Sudah tujuh hari saya tak berkongsi sebarang perkembangan dan sepanjang tempoh itulah saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran anggota baharu dalam rumah kami. Saya sedang belajar semula segalanya dan mengambil tahu tentang banyak perkara termasuk perasaan dia (bayi) dan keperluannya.
"Macam manalah saya boleh lupa untuk menjadi seorang ibu kepada anak kecil ini? Rasa-rasanya ada informasi yang tercicir apabila kita tidak mempraktikkannya.
"Hari ini barulah boleh kembali segar selepas dua malam alami pembengkakan, akhirnya tukang urut datang untuk meredakan masalah saya. Mia Celine kini sudah berusia tujuh hari dan setiap kali saya memandangnya, setiap kali itulah saya jatuh cinta," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment