31 January 2022

AL-FATIHAH - AYAH AZIZULHASNI AWANG KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pelumba basikal, Datuk Azizulhasni Awang atas pemergian ayah kesayangan, Awang Embong yang telah pergi menghadap Illahi. Berita duka berkenaan dikongsikan oleh Azizul menerusi perkongsian terkininya menerusi laman Instagram.

"Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Bin Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi. Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

"Allaahummaghfir lahu warham hu wa'aafi hii wa'fu anhu. Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Bin Embong), berilah dia rahmat Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya," tulis Azizul yang masih berada di Melbourne, Australia.

Difahamkan, Allahyarham Awang menghembuskan nafas terakhir akibat strok pada pukul 2 pagi di kediamannya di Dungun, Terengganu. Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti turut berduka dengan perkhabaran berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Innalillahi wainnailaihiroji'un… Salam takziah… Semoga arwah ayahanda bersama insan terpilih di sana… Al Fatihah," tulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Al-Fatihah… Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman. Semoga keluarga dikurniakan ketabahan dalam menempuh detik sukar ini," respons pengacara Ahmad Fedtri Yahya.

Penyanyi dan pengacara Big Stage 2022, Alif Satar turut memberikan ucapan takziah buat Azizul: "Innalillahiwainnailayhirojiuun… salam takziah buat Datuk sekeluarga… semoga diberikan kekuatan dan ketabahan buat saudara. Take care champ," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: