Selepas enam tahun mendiami rumah tiga tingkat itu, usahawan kontroversi, Safiey Illias telah membuat keputusan untuk menjual rumah yang terletak di Sunway Montana, di sini.
Bagaimanapun, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias, 26, menafikan dia muflis sehingga terpaksa menjual rumah berkenaan. Dalam masa sama, Safiey berkata, dia reda dengan keputusan dibuat.
"Biarlah apa orang nak cakap. Masa inilah orang nak gelak dan ketawa sepuas hati. Sebenarnya dulu lagi saya pernah cakap nak jual rumah ini. Jadi, semalam saya sudah buat keputusan untuk jual.
"Bukan sebab saya muflis atau apa, tapi saya perlu mulakan sesuatu yang baharu selepas ini. Terima kasih Allah SWT atas rezeki ini sehingga saya mampu membeli rumah ini dulu. Walaupun sekejap saja dapat duduk," katanya.
Klik untuk gambar besar
Safiey juga penyanyi lagu 'Syinta Gila' memberitahu, dia sudah menyerahkan urusan jualan rumah itu kepada ejen dilantik selain dalam proses menjual semua barangan dalam rumah itu.
"Ikut pasaran semasa saya difahamkan harga rumah ini mencecah RM2.1 juta. Saya sudah melantik beberapa ejen hartanah bagi urusan jual beli.
"Saya juga sedang aktif menjual semua barangan rumah yang ada kerana rumah ini perlu dikosongkan segera. Doakan semoga saya kuat dan tabah dalam menempuh kehidupan selepas ini. Banyak betul dugaan saya sejak beberapa tahun ini," ujarnya.
________________________
No comments:
Post a Comment