31 January 2022

PEMAIN BOLA TURKI DIKATAKAN MIRIP WAJAHNYA - INI RESPON ALIFF SYUKRI



Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Twitter, ramai yang berseloroh dan mengatakan wajah pemain skuad kebangsaan Turki, Salih Ucan mirip dengan usahawan kosmetik, Aliff Syukri.

"Congratulation Datuk Aliff Syukri. Sekarang dah jadi pemain bola sepak dah… serba serbi boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, main bola pon boleh. Ni la semangat Malaysia Boleh!" tulis seorang pengguna Twitter.

Tidak hanya viral di media sosial semata-mata, kekecohan itu turut disedari oleh tuan empunya badan dan memberi respon menerusi akaun TikTok miliknya.

Pengikut Aliff menerusi ruangan soal jawab menulis: "Datuk, komen pasal pemain bola sepak yang sama muka macam Datuk," tulis individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Aliff secara spontan kemudian menjawab: "Ha? Korang nak suruh aku komen? Ada ke sama muka aku ni? Tang mana sama tu?

"Nak katakan orang Turki aku ni orang Jawa orang Bajak. Nak kata pandai main bola sepak tak jugak. Cuba korang komen kat bawah tang mana sama tu?

"Tapi nampak macam handsome jugak eh aku kalau macam tu, ala-ala orang Turki" ungkapnya dalam nada berseloroh.



KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: