04 January 2022

AKSI DUKUNG & PELUK WANITA BERTUDUNG - PEMINAT KECEWA DENGAN ZUL ARIFFIN



Pelakon Zul Ariffin baru-baru ini menerusi laman Instagram telah memuat naik sebuah video iklan dimana dia membawa watak sebagai pasangan kekasih bagi mempromosikan produk bengkung edisi istimewa Zul Ariffin.

Meliahta pada video berdurasi satu minit itu, Zul, 35, dilihat mesra berpelukan, berpegangan tangan selain dilihat mendukung wanita bertudung.

Bagaimanapun, aksi manja dan romantik pelakon 'filem Sangkar' itu bersama seorang wanita telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkannya sebagai kurang manis untuk tontonan umum di media sosial.

Selain itu, iklan tersebut juga dianggap tidak sesuai dengan standard aktor berkenaan sebagai pelakon yang mempunyai kelas tersendiri.

Namun ada juga segelintir meluahkan rasa kecewa melihat penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 itu bermesra dengan wanita lain.

Klik untuk gambar besar



"Tak sesuai langsung imej bertudung tetapi peluk-peluk macam tu." - "Zul Ariffin tak kan la standard berlakon iklan macam tu je?

"Betul ke atau iklan sahaja? Kalau betul nak kahwin semoga dipermudahkan, tak boleh dah nak excited minat gila dengan Zul Ariffin.

"Aku serious tak jeles langsung dgn Zul Aripin. Cuma aku geli peluk-peluk dengan bawa image pakai tudung kau tu. Errrr tak kena. Marketing murahan," komen beberapa netizen.

Video berkenaan kini menerima lebih 90,000 tontonan dan 300 komen netizen.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: