04 January 2022

INI RESPON ALIFF AZIZ BILA DIKATA KERAP DAPAT LAGU 'MUDAH', PESERTA FAVOURITE GV8



Jika sebelum ini, Bella Astillah tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan suaminya peserta kegemaran Astro dek kerana kerap mendapat lagu 'mudah', terkini penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pula memberikan responnya berhubung kenyataan tersebut.

Tegas bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini, dia tiada hak dalam pemilihan lagu untuk konsert mingguan pertandingan nyanyian itu.

Ini kerana kata Aliff, semua bintang yang bertanding termasuk dirinya diberikan tugasan oleh pihak produksi secara saksama, jadi tidak sepatutnya timbul isu peserta kesayangan.

Klik untuk gambar besar



"Lagu-lagu yang saya dan semua peserta GV setiap minggu merupakan tugasan yang diberikan oleh pihak produksi. Mungkin ada yang berfikir kenapa bagi lagu macam itu.

"Tapi kalau tengok balik minggu ketiga di mana saya dapat lagu Jinbara yang memang genre saya. Sampaikan Datuk Syafinaz pun minta saya berhati-hati. Minggu kelima juga saya dapat lagu yang bukan genre saya. Tapi saya faham dan menghormati semua yang beri pandangan.

"Cuma kalau kita lihat semula draf, ada waktu lagu susah bukan saya seorang tapi semua peserta," tegasnya yang menyifatkan pembahagian lagu dan genre bersifat adil.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: